..kunci kehidupan ini adalah penyerahan segala harapan kepada Tuhan..rintihan memohon nusrah dengan jiwa yang penuh pasrah kepada Allah..di situlah kita akan temui kecantikan putaran episod hidup..dalam diari perjalanan ini pasti kita temui kepahitan, kemanisan, kesilapan, keinsafan, kesakitan, kegembiraan dan segala macam cereka kehidupan..namun jika insan dari awal menyerah pasrah kepada Allah,... insan akan dapat melihat kasih dan pertolonganNya di setiap celahan perjalanan..kembara hidup akan berjalan sehingga ke akhir hayat..hikmah dan bantuan Allah menjelma dalam pelbagai rupa dan cara..yang disangka dan yang tidak diduga..jika Allah memberi tiada tangan yang dapat menghalang..jika Allah menghalang tiada tangan yang dapat memberi..atas keimanan itu, maka berjalanlah kita menuju destinasi akhir..temuilah segala pahit dan manis..derita dan nikmat..dalam senyum kita menangis syukur..dalam tangisan kita tersenyum akur..ALLAH tidak akan mensia-siakan hamba yang bergantung kepadaNYA..teruslah percaya kepada janjiNYa : SESIAPA YANG BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH MAKA ALLAH ITU CUKUP UNTUKNYA (Surah at-Talaq)..maka yang wajib bagi kita ialah membina dan membersih jiwa agar hakikat tawakal benar-benar bersinar dalam kehidupan yang berputar..
diplagiat dr DrMaza.com
No comments:
Post a Comment